prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Saturday, September 29, 2012

Saya Suka, Awak Pon Suka :)

Akhir-akhir ini, harga emas telah menunjukkan trend yang mengembirakan. Beberapa bulan kebelakangan ini, harga emas dan dan perak kelihatan agak lesu. Tapi trend tersebut tidak begitu lama, malah telah digunakan kesempatan itu oleh sesetengah di antara kita untuk membeli emas sebanyak-banyaknya kerana jaminan emas memang menguntungkan. Ibarat mendung di siang hari, akhirnya harga emas kembali bersinar.

Hakikat kenaikan ini hendaklah jangan dijadikan sebagai penghalang dalam menjadikan emas sebagai alternatif simpanan anda. Yang pastinya, ianya haruslah disertakan ilmu dan teknik yang tepat agar ianya benar-benar menguntungkan dan memberi manfaat.

Tak kenal maka tak cinta :D

Arrahnu AGROBank

Hi dan salam semuanya..lama rasanya tak menulis, mungkin dikarenakan sibuk or memang takde modal menulis :) 

Nak dipendekkan cerita, kini pihak Arrahnu AGROBank kembali membenarkan untuk pelanggan-pelanggannya untuk kembali melakukan proses tukar ganti surat or 'overlapp' yang mana sebelum ini sempat dibekukan. Tapi untuk proses gadaian, sepertinya masih belom ada khabar gembira. Yang pastinya, ianya cukup dapat memberi sedikit senyuman kepada pecinta emas sekalian.

Dikhabarkan, proses gadaian emas batang (wafer) atau dinar untuk semua jenis produk dibekukan dikarenakan kerugian yang dialami oleh pihak AGROBank setelah ditipu oleh pelanggan-pelanggan yang tak bertanggungjawab. Kerugian yang dicatatkan lumayan mencengangkan, sama seperti kisah penipuan yang dialami oleh Bak Rakyat sebelumnya.

Berdasarkan informasi yang diperolehi, pelanggan-pelanggan tersebut telah melakukan urusan gadaian "emas" yang pada hakikatnya adalah merupakan logam bersalut emas. Penipuan ini mungkin tak berjaya sekiranya tidak mendapatkan bantuan orang dalam. 

Dikarenakan itu, pihak AGROBank telah mengambil langkah berhati-hati dalam setiap urusan yang melibatkan emas batang (wafer) atau dinar. Tapi sukacita dimaklumkan, emas keluaran Public Gold masih selamat untuk sebarang urusan belian ataupun jualan kerana setiap produk yang dihasilkan disertakan sijil asli ketulenan produk-produk keluaran Public Gold. Atas kelebihan ini, produk keluaran Public Gold masih diberi kepercayaan oleh pihak AGROBank :)

Sehubungan dengan itu, dapatlah kiranya diingatkan kepada bakal-bakal pencinta emas agar berhati-hati dalam setiap urusan jual beli melibatkan emas. Kenalilah terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi. Kerana emas adalah merupakan penjaga ekonomi dan bukan sebaliknya.