prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Tuesday, May 24, 2011

AGRO Bank Tolak Tapi Terima

AGRO Bank Tolak Tapi Terima, topik yang menarik bukan?? Dari topik sahaja sudah menimbulkan pelbagai pertanyaan. :D

Awal bulan Mei 2011, perempit emas atau pemajak emas Public Gold dikejutkan dengan berita yang selama ini sudah menjadi dugaan ramai pihak iaitu penolakan pihak AGRO Bank untuk menerima pajakan emas jongkong Public Gold. Disebabkan berita ini, ramai di antara tokey2 emas PG berteriak. Fenomena ini wajar memandangkan ramai di antara pelanggan tetap Arrahnu AGRO Bank adalah tokey2 emas PG. Jika diamati dan dicermati keputusan ini, akan terlihat hikmahnya yang mana penyimpanan emas ini kembali kepada prinsip asal iaitu emas sebagai simpanan alternatif dalam menjamin inflasi. Arrahnu AGRO Bank di sini hanya bersifat "financial support" terutama dalam memanipulasi emas untuk emas. Jika ianya dikembalikan kepada prinsip asas penyimpanan tadi, simpanan emas biarlah di dasarkan kemampuan dari segi "financial" dan ini juga bukan berarti tiada lagi kata 'manipulasi', tapi harus diingat dengan jelas bahwa manipulasi akan terjadi apabila tersedia peluang yang memungkinkan dan disandarkan kepada pengalaman dan ilmu yang luas.

Berbalik kepada tajuk di atas, AGRO Bank Tolak Tapi Terima yang saya maksudkan adalah dalam sistem Arrahnunya. Kita semua sudah sedia maklum akan pemberitaan tersebut dan bermacam alasan serta sebab yang mungkin mendasari penolakan tersebut. Rasanya tak perlu dibahaskan di sini, kerana itu adalah hak mutlak AGRO Bank dalam menentukan kebijakan. Yang jelas, sebarang pemajakan produk emas PG tidak lagi diterima alias di TOLAK. Tapi, kebijakan ini hanya berlaku untuk pengadaian emas baru dari sebarang jenis produk PG. Adakah anda faham?? Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah; pada dasarnya pihak AGRO Bank telah menolak sebarang pemajakan baru dari produk PG dan ianya efektif serta merta awal bulan Mei 2011.

Tapi ada sedikit kelegaan disebalik berita itu, disebalik penolakan tersebut pihak AGRO Bank masih TERIMA emas PG yang sebelumnya sudah digadaikan dan masih di dalam simpanan AGRO Bank. Tapi apa yang perlu diperhatikan secara jelas adalah, emas PG yang sebelum ini digadaikan tidak pernah keluar dari simpanan mereka. Pasti anda berfikir akan rugi jika emas yang digadai ini dibiarkan tanpa mendapat apa-apa bukan?? Sebenarnya, dilanjutkan gadaian atau ditebus kembali dibalikkan kepada kemampuan kita dari segi kewangan serta kemampuan dari segi ilmu. Ada sebahagian berpendapat, sudah saatnya ditebus emas yang digadai tanpa dilanjutkan lagi tempoh gadaian. Tapi, jika kita masih belom mampu atau masih melanjutkan tempoh gadaian dengan niat yang tertentu, anda juga dipersilakan kerana yang digadai adalah emas anda bukan. Orang lain tidak berhak menentukan sikap yang anda harus ambil, tapi orang lain boleh memberi nasihat sebagai panduan untuk tindakan ke depan. Tapi, tempoh gadaian adalah terhad bukan??paling maksimal AGRO Bank hanya memberikan tempoh 11 bulan sahaja dan sesudah itu emas yang digadai haruslah ditebus. Sesudah itu, anda tidak lagi boleh membuat gadaian baru kerana emas PG sudah tidak di terima di AGRO Bank.

Huumm....manipulasi emas dan bermain dengan waktu amat melelahkan bukan??Tapi kelelahan yang kita rasakan sebenarnya dibayar dengan gembira kerana emas tiap tahunnya terus menaik 20-30%. Jadi jangan terus bersedih akan pemberitaan tersebut.

Kata-kata TERIMA tadi sebenarnya dapat diaplikasikan kepada teknik gadaian atas gadaian. Tempoh yang kita ada untuk menebus kembali adalah 11 bulan dapat dilanjutkan kembali iaitu dengan gadaian baru dengan menggunakan emas yang sebelumnya masih ada di tangan AGRO Bank. Dalam tempoh 11 bulan tesebut, pasti akan ada kenaikan harga emas dunia, maka emas yang kita gadaikan dahulu sudah meningkat dari segi nilaian. Jadi, anda buatla gadaian baru TANPA harus mengeluarkan emas tersebut tapi tetap dapat melanjutkna gadaian untuk tempoh yang baru kerana perjanjian baru dapat dilakukan untuk menilai kembali harga semasa. Apabila gadaian baru dilakukan, anda bahkan mendapat lebihan wang dari selisih harga emas semasa dengan harga emas yang dinilai dulu. Dengan lebihan tersebut, anda dapat gunakannya untuk membayar upah simpan. Jelas bukan?

Jadi, itulah makna disebalik AGRO Bank Tolak Tapi Terima. Tapi harus diingat, ini hanya adalah pandangan saya peribadi berdasarkan pengalaman praktikal setelah dilakukan perbincangan dengan pihak AGRO Bank. Dan yang pastinya, semuanya dikembalikan kepada anda sendiri sebagai pemilik emas tesebut, kemana emas itu akan di bawa untuk tindakan selanjutnya. Selamat Beramal :D

No comments:

Post a Comment