prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Sunday, April 24, 2011

Anda Mahu Beli Rumah 3 Tahun Lagi??Beli Perak Dahulu

Harga perak terus mendaki dari sehari ke sehari. Bila saya mencadangkan kepada rakan-rakan saya untuk membeli perak, mereka memberi alasan bahawa perak terlalu mahal sekarang dan mereka mahu menunggu harga perak turun. Saya tidak pernah menunggu harga perak atau emas turun sebelum membelinya kerana saya yakin harga kedua-dua komoditi ini akan terus meningkat.

Setiap kali saya menjual seketul perak saya, saya akan membeli seketul yang baru bagi mengantikan perak yang telah saya jual. Saya tidak pernah merasakan perak saya yang baru dibeli itu mahal kerana perak ini akan saya gunakan mungkin tiga tahun lagi.

Saya ada 31 jongkong perak, dan setiap kali saya jual, saya akan menggantikannya semula dengan membeli menggunakan duit gaji saya setiap bulan. Saya menjual jongkong perak saya setiap bulan untuk menjelaskan bayaran pinjaman perumahan saya yang sebanyak RM1156. Perak yang No 1, saya jual utk saya langsaikan pinjaman rumah bagi bayaran bulanan 1. Saya beli jongkong yang ke 32 untuk saya pakai selepas saya habis menjual jongkong yang ke 31. Andaikan harga perak tidak berubah, saya hanya akan menjual jongkong ke 32 saya selepas bulan yang ke 31.

Tetapi, oleh kerana kenaikan harga perak yang tinggi, saya mungkin selepas ini hanya akan menjual perak saya dua bulan sekali kerana mungkin tahun hadapan harga perak akan menjadi RM3000 seketul. InsyaAllah pada satu ketika, saya akan dapati jumlah nilai perak yang dalam simpanan saya, berupaya melunaskan hutang rumah saya secara lump sum. Jadi saya tidak perlu berhutang lama-lama.

Bagi anda yang ingin merancang untuk membeli rumah 3 tahun lagi umpamanya, mungkin boleh membuat pinjaman peribadi dan membeli perak sekarang. Katakan anda membuat loan sebanyak 100K. bayar sepanjang yang mungkin, contohnya 20 tahun. Tujuannya ialah supaya bayaran bulanan anda sedikit. Mari kita buat sedikit kira2:

Nilai perak dibeli - 100 K
Nilai perak anda di hujung Tahun pertama (dgn anggaran harga perak naik 80%) - 180k
Nilai perak anda di hujung Tahun kedua (dgn anggaran harga perak naik 80%) - 324k
Nilai perak anda di hujung Tahun ketiga (dgn anggaran harga perak naik 80%) - 583.2 k

Katakan anda jual semua perak anda pada hujung tahun ketiga dan ambil 100 k untuk lunaskan pinjaman peribadi, anda masih ada baki 483.2 k lagi untuk membeli rumah baru dan tanpa berhutang.

Saya rasa walau harga perak naik 50% saja pun anda masih lagi membuat untung. Tapi hakikatnya, harga perak tahun lepas naik 83% dan dijangka lebih lagi pada tahun akan datang. Tidak mustahil 2 tahun lagi harga perak naik lebih dari 100%.
http://e-dzahab.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment