prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Saturday, April 16, 2011

Memaknai ekonomi Islam dengan Emas & Perak

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Sebagai ummat Islam, pernahkah kita sama-sama menyingkapi dibalik sabda Rasullulah SAW  tersebut . Rasullulah SAW telah wafat hampir 1400 tahun yang lalu tapi kita sebagai ummat Islam masih kebingungan tanpa memahami apa yang mahu disampaikan Baginda melalui sabda tersebut.

Kekuatan ekonomi Islam sebenarnya mampu dipacu dan dijana dengan  baik sekiranya kita memahami dan mengerti akan kepentingan emas dalam memantapkan ekonomi Islam. Islam sebenarnya begitu indah tapi kita sebagai ummatnya selalu mengambil enteng akan segala persoalan yang dibahaskan. Ajaran Islam sebenarnya bukan hanya terpaku dalam aspek ibadah ketuhanan semata-mata, tapi juga turut merangkumi kemashalatan ummat lainnya terutama dalam kehidupan kita sehari-hari. Ketidakupayaan kita memaknai dan memahami ini tidak lari dengan konsep pendidikan yang kita terima hari ini iaitu pendidikan berasaskan sekularisme. Pendidikan berasaskan sekularisme ini telah memisahkan aspek keagamaan dalam kehidupan seharian kita yang makin lama telah menanamkan ketakutan yang secara tidak sedar akan ekonomi Islam.

Lanjutan daripada kejahilan kita memahami ekonomi Islam sesungguhnya terutama dalam memaknai emas sebagai simbolik kekuataan ekonomi Islam ternyata menjadi nyata, iaitu rata-rata masyarakat hari ini begitu takut untuk berinvestasi kerana bayangan ‘zakat emas’ seringkali menjadi sandungan mereka baik secara langsung atau tidak langsung.

Adakah kita memahami apa yang diartikan sebagai zakat?Bukankah kita selalu mendengar akan zakat fitrah, zakat pendapatan,zakat hasil. Tapi mengapa apabila mendengar zakat emas, ramai diantara kita menjadi terpaku. Bukankah zakat adalah merupakan bentuk penyucian harta yang dimiliki oleh kita, kerana di dalamnya mungkin disertai hak-hak orang lain. Tujuan zakat juga bukan hanya sekadar metafora semata, zakat yang dikeluarkan adalah dalam membantu memantapkan ekonomi Islam, yang mana hasil daripada zakat ini digunakan dalam pembagunan ekonomi dan meningkatkan ekonomi ummat Islam lainnya terutama mereka yang tidak berkemampuan. Bukankah ini merupakan tanggujawab sosial dan solidaritas kita sebagai ummat Islam. Sebenarnya Islam telah menjelaskannya, tapi kita terlalu keliru dek kerana pemahaman kita yang terpecah-pecah.

Purata kenaikan emas akhir-akhir ini  berkisar sekitar 20-25% per tahun. Jika diambil kira inflasi, adakah emas mengalami inlasi seperti mana duit fiat?Jawapannya adalah tidak. Tapi sebagai ummat Islam, kita dituntut untuk megeluarkan zakat emas yang sebesa 2.5% per tahun. Bukankah ini masih kecil jika dibandingkan keutungan yang kita dapat? Jika dihitung untung bersih, kita masih mampu meraih keuntungan sebesar 22.5% pertahun ditolak zakat emas sebesar 2.5%. Persoalan zakat emas juga dibahaskan dengan rinci oleh ulama-ulama Islam  bagi megelakkan kekeliruan yang berpanjangan di kalangan ummat Islam. Zakat bukan sewenang-wenangnya dikeluarkan, emas yang kita miliki haruslah memenuhi tempoh atau persyaratan lainnya atau dipanggil haul dan nisab. Apabila haul dan dan nisab ini terpenuhi, barulah kita dikehendaki mengeluarkan zakat. Islam itu indah bukan?

Selain itu, ekonomi Islam juga ada istilah Arrahnu atau dalam sistem ekonomi konvensional ianya dikenali sebagai pajak. Arrahnu atau pajak adalah merupakan suatu bentuk kesepakatan yang terjalin di antara pihak yang memiliki emas dan pihak yang meminjamkan wang. Tujuannya jelas, iaitu mendapatkan wang dengan menjadikan emas kita sebagai jamninan. Walupun tujuan pada Arrahnu dan pajak adalah sama, tapi adakah kita memahami dibalik perlaksaannya? Arrahnu lebih menekankan konsep keseimbangan antara pemilik emas dan peminjam dengan  berlandasakan syariat. Tapi, sistem pajak yang konvensional lebih berat sebelah kerana lebih menguntungkan si peminjam tersebut kerana terdapat unsur riba dan bunga. Tapi jika Arrahnu, tiada istilah bunga melainkan ada  upah simpan emas yang ternyata kecil nilainya,dan ini tidak membebankan. Nanti pada akhirnya, kita hanya dikendaki membayar jumlah wang dipinjam ditambah dengan upah simpan. Nilai yang didapatkan juga tinggi iaitu sekitar 60-70%  daripada emas yang kita miliki,tidak seperti pajak konevensional yang hanya meberikan hanya sekitar 50% dikurangi dengan ‘workmanship’. Bukankah in merugikan? Belum lagi apabila kita tidak mampu menebusnya kembali, emas yang dijadikan cagaran tersebut akan dilelong tanpa sepengetahuan kita dan tiada kompensasi yang kita dapatkan daripada lelongan tersebut. Tapi jika dengan Arrahnu, apabila kita tidak mampu menebusnya dalam tempoh yang ditetapkan, kita diberi peluang untuk memperpanjang tempoh yang disepakati. Selain itu, andaikata dilelong, kita sebagai pemilik juga akan dimaklumkan terlebih dahulu. Dan kita juga berhak mendapat sisa daripada nilai keselurahan emas yang kita ada. Contohnya, jika pada awalnya kita mendapatkan pinjaman sebesar 70%, nanti pada akhirnya kita akan mendapatkan 30% kembali dari nilai emas kita. Dan ini tidak merugikan kita sebagai peminjam, bukankan ekonomi yang berlandaskan Islam itu indah?

Jadi kesimpulannya, pelajari dan kenalilah emas sebagai upaya dalam memantapkan ekonomi Islam. Tidak ada ruginya sebelum kita terus diperbodokan dengan sistem ekonomi konvensional yang nyatanya berkiblatkan barat dan merugikaj kita sendiri. Jadikan emas sebagai simpanan alternatif anda :D

No comments:

Post a Comment