prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Friday, April 15, 2011

Satu anak satu dinar emas

Tidak berapa lama dahulu, kerajaan Malaysia melalui bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir telah mencanangkan satu rumah satu komputer. Idea yang dilontarkan beliau pada awalnya dinilai terlalu pesimis di kalangan masyarakat Malaysia terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah. Bukan dinamakan Dr Mahathir jika setiap idea dan cadangan beliau tidak dibarengi dengan penyelesaiaanya. Demi merealisasikan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dan dan seiring dengan kemajuan teknologi, maka dsediakan pelbagai inisiatif dan kemudahan seperti pengeluaran khas untuk pembelian satu unit komputer dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).  Belakangan, usaha ini dilihat telah mendongkrak peratusan kepemilikan komputer di setiap rumah. Bahkan, kerajaan Negeri Terengganu juga telah sama-sama menjayakan aspirasi ini dengan membekalkan satu unit  komputer kepada setiap pelajar tahun 6 yang berkelayakan  diseluruh negeri tersebut. Setiap idea dan cadangan terus disinergiskan bersesuaian dengan keadaan semasa, ini terbukti dengan kprihatinan dan kepedulian YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib tentang kemajuan teknologi dan informasi tanpa sempadan ini dengan resminya telah melancarkan jalur lebar (broadand) berkelajuan tinggi dalam mendukung usaha pemantapan modal insan yangmana ia pernah disuguhkan oleh Tun Abdullah.

Berbalik kepada persoalan emas, melihat pada cerminan ideologi tersebut dapat sama-sama kita aplikasikannya terutama dalam pemantapan ekonomi jangka panjang. Apa yang ingin saya sampaikan adalah, setiap anak dalam satu keluarga minimal mempunyai satu dinar emas. Jika mempunyai 2 orang anak, berarti 2 dinar emas. Kemudian dinar-dinar emas ini disimpan seiring dengan meningkatnya usaha anak-anak tersebut. Pelaburan jangka panjang ini amat bermanfaat terutama dalam memastikan anak-anak tersebut kelak mempunyai taraf pendidikan yang berkualiti. Untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti, biaya yang diperlukan tidak sedikit, dan disinlah kita melihat kepentingannya.

Jika diambil contoh, anda mempunyai seorang anak yang dilahirkan pada tahun 2009 yang mana dinar emas pada tahun tersebut adalah berkisar pada RM480/dinar. Setelah setahun tempoh berlalu, dilihat peningkatan satu dinar emas telah mencapai kisaran RM655 pada Disember 2010 iaitu terdapat kenaikan sebanyak RM175 atau sebanyak 36% pertahun. Tapi dengan mengambil kisaran purata kenaikan emas setahun sebanyak 20-25%/ tahun juga telah memberikan pulangan yang lumayan. Lanjutan contoh ini kita lihat pada saat anak berusia 7tahun iaitu sewaktu memasuki tahun satu persekolahan,sudah berapakah nilai dinar emas yang anak kita miliki? Dengan mengambil hitungan kasar iaitu kenaikan secara puratanya 25% pertahun, pada tahun ketujuh, satu dinar yang pada awalnya kita labur hanya pada RM480,telah mencecah sekitar RM1585. Adakah ini tidak memberikan untung?

Jadi, pada hemat saya, konsep satu anak satu dinar emas ini pada waktu yang sama sendiri telah melatih agar kita mempunyai perencanaan masa depan yang begitu efisien dan tersusun rapi dari sekarang. Selain dalam usaha untuk memanpankan ekonomi keluarga, kepemilikan emas ini juga merupakan satu anjuran dalam Islam bahkan Baginda Rasullullah pernah bersabda, akan datang satu zaman tiada apa yang dapat digunakan melainkan dinar dan dirham (Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal) yang pada lahiriahnya kita telah mendapatkan keberkatan kerana mengamalkan sunnahnya disamping turut sama-sama memperkuat ekonomi ummat Islam dengan zakat emas yang setiap tahun yang kita keluarkan.

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Jadikan emas sebagai tabungan alternatif anda :D

No comments:

Post a Comment