prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Friday, April 15, 2011

Emas disebalik perekonomian dunia.

Akhir-akhir ini kepentingan emas kembali hangat diperdebatkan di kalangan masyarakat umum. Mana tidaknya, sejak peristiwa krisis  ekonomi yang melanda asia tenggara di penghujung 90an dan krisisi ekonomi yang melanda eropah telah membuka mata banyak pihak. Ini dapat dilihat dari kesungguhan dari bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang begitu sunguh-sungguh dalam memperjuangkan emas sebagai alternatif kewangan dunia hari ini. Sebelum ini, kita hanya mengenali emas sekadar hiasan barangan kemas untuk wanita semata-mata, tapi dengan mempelajari teknik dan kaedah yang benar, seseoarang dapat menjana kekuatan ekonomi mereka dengan emas.

Berbalik pada emas sebagai simpanan alternatif, pada umumnya kita sedia maklum bahwa emas mempunyai daya tarik dan kekuatan yang tersendiri. Sejak dahulukala lagi, emas dilihat sebagai symbol kekuatan dan kekayaan. Ini dapat dilihat dimana kerajaan Firauan Mesir telah menjadikan emas symbol kemegahan dan kekuasaannya. Warna kuning daripada kilauan emas juga telah menjadi simbolik pada kekuasaan, buktinya jelas terlihat pada maharaja-maharaja cina bahkan raja-raja melayu juga menjadikan warna kuning sebagai simbolik kekuasaan. Sebenarnya sejarah tamadun manusia telah menyingkapi betapa besar dan pentingnya peranan emas dalam melakarkan kejayaan manusia di abad lalu.

Tapi seiring waktu, manusia kembali melupakan kepentingan emas dalam kehdupan. Dalam sejarah kewangan konvensional, Amerika Syarikat telah melepaskan keterikatan mata wang Dollar pada emas di penghujung tahun 70an, dan ini merupakan awal kepada kejatuhan ekonomi dunia tapi belum disedari oleh pakar-pakar ekonomi pada ketika itu. Selain itu, sewaktu invasi tentera Amerika di Vietnam di akhir tahun 70an, ramai rakyat Veitnam telah berbondong-bondong keluar menuju ke Malaysia dengan membawa emas. Adakah kita tahu disebalik peristiwa ini? Andaikata  mereka membawa duit Vietnam sewaktu memasuki Malaysia, adakah mereka diterima oleh rakyat kita pada ketika itu? Sudah pasti jawapannya tidak, kerana matawang Malaysia adalah Ringgit dan mereka sama sekali tidak dapat menggunkan matawang negara mereka di Malaysia. Di sini kita dapat lihat, bahwa emas adalah komoditi dunia yang diterima oleh semua masyrakat di dunia.

Selain itu, kelemahan duit fiat juga jelas terlihat sewaktu zaman penjajahan Jepun di tanah Melayu pada awal tahun 1940an. Sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu, matawang yang digunakan pada ketika itu adalah yen Jepun. Mereka telah mencetak jutaan keping duit yen dalam memenuhi keperluaan operasi ketenteraan mereka di Tanah Melayu terutama dalam mendapatkan barangan logistic seperti makanan. Keadaan ini telah menyebabkan terjadinya inflasi yang begitu tinggi yang mana akhirnya adalah masyarakat melayu itu sendiri. Jika anda memerlukan kepastian, kembalilah bertanya pada datuk dan nenek kita masing-masing, bagaimana mereka bertahan hidup sewaktu penjajahan Jepun. Sudah pasti jawapnya amat terseksa. Dan sewaktu kejatuhan Jepun, Inggeris kembali menaklukkan Tanah Melayu, dan mata wang yen Jepun sudah tiada nilai dan hanya sehelai kertas kosong yang dicetak angka-angka di atasnya.


Inflasi di abad moden juga dapat dilihat pada kerajaan Zimbabwe pimpinan Robert Mugabe, Zimbabwe telah jatuh ke kancah krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarah negara di Afrika kerana lebihan wang kertas melebihi stok simpanan emas mereka. Zimbabwe bukan mengalami inflasi sekitar 5-6% seperti yang yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia setipa kali dalam membentangkan bajet negara. Inflasi di Zimbabwe telah melebihi 1000%. Inilah bahana apabila sistem perekonomian yang konvensonal dibuat hanya untuk menguntungkan pihak tertentu sahaja.

Sebenarnya sejarah telah mengajarkan kita, tapi kita tidak pernah mengambil iktibar  apa pun untuk memperbaiki kelemahan masa lalu. Jadi, bersamalah kita kembali memperkuatkan ekonomi kita dan Islam umumnya dengan kembali menyimpan emas. Kerana Nabi Muhammad SAW sendiri telah mengingatkan kita sebelumnya dalam hadith baginda ; akan datang suatu zaman di mana tidak ada apa pun yang bernilai melaikan dinar dan dirham.  Bersama kita renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment