prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Friday, April 29, 2011

wooooooooow

Woooooooooooooooooow.......mungkin ini ekspresi yang penuh makna bagi sebilangan penyimpan emas semalam. Masakan tidak, harga pasaran emas dunia semalam (Khamis, 28 April 2011) tercatat pada USD 1537.66 per ounce. Kenaikan ini memberi gambaran positif terhadap prospek komoditi emas semasa.

Untuk dagangan semasa dalam negara, harga emas untuk satu dinar PG telah mencecah RM700. Dan jika dilihat 4 bulan yang lalu, harga untuk satu keping dinar hanya berkisar di RM640 perdinar. Menarik bukan? :D

Tuesday, April 26, 2011

Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?

Antara soalan-soalan cepu emas yang saya selalu terima melalui emel ialah:
“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?
So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini 
Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Mudah kan?
Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.
Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..

Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.

Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.

Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)
.
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00 (semak kat sini)
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz 

Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).
Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!


Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!
Anda untung 51.88% 
Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).
Berapa untungnyer? Jom kira…
Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

.

Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)
Kesimpulannya…
Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…
Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas
Jangan pinjam along dah ler…

Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar,
tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan.
Ini adalah panduan semata-mata.
Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda.
Saya cuma berkongsi ilmu

jutawanemas.com
.

Ops...kenapa boleh jadi macam ni??

Sepanjang hari ini, banyak orang bertanya kenapa harga emas dan perak tiba-tiba boleh menurun secara significant walhal sekarang tengah rancaknya trend 'bullish' or trend harga pasaran yang menaik. Humm, jawapannya mudah sekali, jom kita kembali kepada prinsip asas ekonomi iaitu harga akan menaik apabila permintaan meningkat dan akan menurun jikalau terdapat penjualan secara besar-besaran...

Begitu juga halnya harga pasaran emas dan perak dunia hari ini. Dalam seminggu terakhir, terdapat kenaikan yang begitu memberasangkan. Akibat peningkatan ini, pengumpul-pengumpul emas dan perak yang telah menyimpannya sejak lama dahulu telah menggunakan momentum ini untuk meraih untung dengan menjual simpanan emas dan perak mereka. Penjualan secara besar-besaran ini telah mempengaruhi harga semasa hingga tercatatlah penurunan harga pasaran untuk dagangan hari ini.

Jadi, bagi mereka yang sedar akan kepentingan emas dan perak lebih dahulu, sekarang adalah waktu bagi mereka untuk meraih rezeki. Dan bagaimana pula dengan kita? Saran saya, gunakan momentum ini untuk mengumpul stok dengan sebanyak-banyaknya. Waktu untuk kita meraih untung akan tiba jua nanti. Mudah kan mekanismenya?? :D

Sunday, April 24, 2011

Anda Mahu Beli Rumah 3 Tahun Lagi??Beli Perak Dahulu

Harga perak terus mendaki dari sehari ke sehari. Bila saya mencadangkan kepada rakan-rakan saya untuk membeli perak, mereka memberi alasan bahawa perak terlalu mahal sekarang dan mereka mahu menunggu harga perak turun. Saya tidak pernah menunggu harga perak atau emas turun sebelum membelinya kerana saya yakin harga kedua-dua komoditi ini akan terus meningkat.

Setiap kali saya menjual seketul perak saya, saya akan membeli seketul yang baru bagi mengantikan perak yang telah saya jual. Saya tidak pernah merasakan perak saya yang baru dibeli itu mahal kerana perak ini akan saya gunakan mungkin tiga tahun lagi.

Saya ada 31 jongkong perak, dan setiap kali saya jual, saya akan menggantikannya semula dengan membeli menggunakan duit gaji saya setiap bulan. Saya menjual jongkong perak saya setiap bulan untuk menjelaskan bayaran pinjaman perumahan saya yang sebanyak RM1156. Perak yang No 1, saya jual utk saya langsaikan pinjaman rumah bagi bayaran bulanan 1. Saya beli jongkong yang ke 32 untuk saya pakai selepas saya habis menjual jongkong yang ke 31. Andaikan harga perak tidak berubah, saya hanya akan menjual jongkong ke 32 saya selepas bulan yang ke 31.

Tetapi, oleh kerana kenaikan harga perak yang tinggi, saya mungkin selepas ini hanya akan menjual perak saya dua bulan sekali kerana mungkin tahun hadapan harga perak akan menjadi RM3000 seketul. InsyaAllah pada satu ketika, saya akan dapati jumlah nilai perak yang dalam simpanan saya, berupaya melunaskan hutang rumah saya secara lump sum. Jadi saya tidak perlu berhutang lama-lama.

Bagi anda yang ingin merancang untuk membeli rumah 3 tahun lagi umpamanya, mungkin boleh membuat pinjaman peribadi dan membeli perak sekarang. Katakan anda membuat loan sebanyak 100K. bayar sepanjang yang mungkin, contohnya 20 tahun. Tujuannya ialah supaya bayaran bulanan anda sedikit. Mari kita buat sedikit kira2:

Nilai perak dibeli - 100 K
Nilai perak anda di hujung Tahun pertama (dgn anggaran harga perak naik 80%) - 180k
Nilai perak anda di hujung Tahun kedua (dgn anggaran harga perak naik 80%) - 324k
Nilai perak anda di hujung Tahun ketiga (dgn anggaran harga perak naik 80%) - 583.2 k

Katakan anda jual semua perak anda pada hujung tahun ketiga dan ambil 100 k untuk lunaskan pinjaman peribadi, anda masih ada baki 483.2 k lagi untuk membeli rumah baru dan tanpa berhutang.

Saya rasa walau harga perak naik 50% saja pun anda masih lagi membuat untung. Tapi hakikatnya, harga perak tahun lepas naik 83% dan dijangka lebih lagi pada tahun akan datang. Tidak mustahil 2 tahun lagi harga perak naik lebih dari 100%.
http://e-dzahab.blogspot.com/

Saturday, April 23, 2011

Kenali apa itu Inflasi

APA ITU INFLASI?
Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (kebanyakan gas dan perkhidmatan) yang berterusan.

APAKAH PUNCA INFLASI?

1. Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan acara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

2. Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apadla kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.

3. Inflasi Bekalan Wang
Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini iasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa.

4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoll) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran,

5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkon inflasi. Apabila kos bahanbahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang dilmport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedarl. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memlhak kepada negara pengeksport.

LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI

1. Mengawal Permintaan
Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.

2. Mengawal Bekalan
Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupa-kan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.

3. Polisi Ekonoml Makro
Tindakan Kerajaan melalul pengurusan cukal, kewangan dan pentadbiran untuk menentukan halacara pembangunan negara.

PERANAN PENGGUNA MENGHADAPI INFLASI
  • Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa ditawarkan harga rendah.
  • Elokkan pembaziran, berjimat dan membeli apabila perlu sahaja dan mengikut rancangan perbelanjaan dan kemampuan anda.
  • Carl kedai yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.
  • Dapatkan harga terbalk juga dengan cara tawar-menawar jika clapat dilakukan.
  • Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar atau pemberi khidmat untuk meningkatkan produktiviti mereka.
  • Pengguna/pengeluar henclaklah beretika.
  • Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli baru, jika ekonomik.

Bual Bicara DInar

Customer : Hummmm....Ismail, hari ini harga sekeping Dinar da berapa Ringgit??

Ismail : Jap, kena check dulu (sambil mengeluarkan handphone)

Customer : Berapa??

Ismail : (Menunjukkan harga semasa Dinar melalui handphone)

Customer : Uish...mahalnyer, RM690 sekeping

Ismail : Yups, RM690/dinar...Beberapa minggu lalu, harga pasaran emas untuk Dinar ni dalam lingkungan RM 650/dinar.

Customer : Huh...cepatnya naik, nyesal tak beli awal-awal...

Ismail : Emas ni kan komoditi yang stabil jika dibandingkan dengan produk-produk lain (saham,ASB dll) jika hendak dijadikan simpanan alternatif. Apatah lagi Nabi Muhammad SAW sendiri mengatakan akan hal ini 1400 tahun dulu, " Tiada perkara yang dapat digunakan nanti melainkan 2 perkara iaitu Dinar (Emas) & Dirham (Perak). Di tambah dengan trend emas sekarang"

Customer : Kenapa dengan trend emas sekarang??

Ismail : Berbalik kepada prinsip ekonomi yang asas iaitu apabila permintaan melebihi penjualan semasa, maka harga emas akan terus menaik. Tapi apabila terdapat penjualan melebihi pembelian, maka harga akan automatik turun.

Customer : Ooooh,yeke.....

Ismail : Yups, terkadang ianya dapat dipengaruhi oleh kejadian-kejadian besar dunia seperti yang terbaru kes tsunami & nuklear di Jepun. Harga emas tanpa dijangka menurun.

Customer : Looooor, tadi kata harga emas stabil..

Ismail : Berbalik kepada prinsip ekonomi yang asas tadi, apabila penjualaan melebihi pembeliaan, maka harga akan menjunam jatuh. Ini kerana, Kerajaan Jepun telah mencairkan simpanan emas mereka untuk dijadikan Yen Jepun untuk menstabilkan ekonomi mereka.

Customer : ??? (Dengan muka bingung)

Ismail : Cuba pikir logik, tak kan kerajaan Jepun nak bantu rakyat mereka dengan emas berjongkong-jongkong. Susah kan??

Customer : Haaahla......betul juga

Ismail : Keadaan ini juga diperparah dengan keadaan kebocoran nuklear di Fukushima tuh. Masyarakat antarabangsa secara tak langsung turut bimbang. Ini menyebabkan pasaran dunia untuk semua komoditi baik berupa emas, bursa saham dan sebagainya terganggu.

Customer : Oooooooooooooooooooo....Jadi, macam mana saya nak mula membeli Dinar ni?? Sebab saya nak jadikan simpanan saya. Tapi duit saya terbatas la pulak.

Ismail : Jangan bimbang, sebab itu kita diberikan akal untuk berpikir. Pasti ada jalan keluarnya.

Customer : Iyerla, macam mana??

Ismail : Macam ni.................................................. (ops, kena bersambung la untuk ceritanya....hehe....)


Thursday, April 21, 2011

Wednesday, April 20, 2011

Apa khabar harga perak??

Di awal pembukaan tahun 2011, harga perak dunia dicatatkan pada kisaran USD 26.46 per ounce. dalam tempoh 4 bulan yang berlalu, telah terdapat kenaikan yang begitu significant, kenaikan harga perak dunia mampu melangkaui harga semasa emas. Dalam tempoh yang sama, perak mencatatkan kenaikan kurang leboh 50% manakala emas hanya mencatatakan kisaran kenaikan sekitar 15%. Jadi, selain emas, perak juga merupakan komoditi yang menarik untuk dijadikan simpanan alternatif. Bersikaplah sekarang sebelum semuanya terlambat. Jadikan perak sebagai simpanan alternatif anda :D

Naik dan naik dan terus naik

20 April 2011, harga emas terus menujukkan trend menaik sejak seminggu yang lalu. Di saat komen ini ditulis, harga emas dunia untuk jualan satu ounce telah mencecah USD 1504.45. Seperti yang diperkirakan oleh pakar-pakar ekonomi, harga emas untuk tahun 2011 akan terus menaik dan akan mencecah sehingga USD 1600 atau USD 1700 untuk satu ounce.

Jika dibandingkan harga pasaran emas dunia untuk satu tahun yang lalu iaitu pada 20 April 2010 adalah USD 1125.11 iaitu terdapat kenaikan sebesar 33.68%. Kenaikan yang significant bukan?

Mengapa harus kita menunggu lagi, jadikan emas sebagai simpanan alternatif anda.

Monday, April 18, 2011

Pengiraan Zakat Emas

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)

Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150

2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram

Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Rujukan : zakat.com.my

Sunday, April 17, 2011

Dinar & Dirham: Antara Sebutan Ayat Dalam Al-Quran

Ali ‘Imran, ayat 14
Dan dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu; wanita-wanita, anak harta yang banyak dari EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)

Ali ‘Imran(3), ayat 91

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong.


Al-A’raaf(7), ayat 148
Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim.



At-Taubah(9), ayat 34
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih

At-Taubah(9), ayat 35
pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan.

Al-Israa’(17), ayat 93
Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari EMAS, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul

Al-Hajj(22), ayat 23
Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)

Faathir(35), ayat 33
(Bagi mereka) surga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.

Az-Zukhruf(43), ayat 35
Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari EMAS untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 43:35)

Az-Zukhruf(43), ayat 53
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari EMAS atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya. (QS. 43:53)

Az-Zukhruf(43), ayat 71
Diedarkan kepada mereka piring-piring dari EMAS, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. (QS. 43:71)

Al-Waaqi’ah(56), ayat 15
Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan EMAS dan permata.

Sumber : emas2011.blogspot.com

U-turn Emas


Harga emas semasa telah membuat U-turn balik.

Cuba anda perhatikan pada 27 Januari 2011, harga emas yang terendah pernah dicatat pada 2011 iaitu USD 1308.29/ounce tapi secara perlahan telah menujukkan trend menaik or 'bullish'.

Dan harga emas semasa yang dicatatkan untuk dagangan terakhir pada 15 April 2011 adalah USD 1486.35/ounce.

Apa yang dapat disimpulkan dari graph tersebut adalah terdapat kenaikan sebesar 13.6% dalam waktu tidak  sampai 3 bulan. Menarik bukan?? :D

Saturday, April 16, 2011

Manipulasi Emas

Ops……………….sila semak dengan betul-betul apa yang ingin saya sampaikan, jika anda salah mengertikannya, saya secara peribadi sama sekali tidak bertanggungjawab yeps :D oleh hal yang demikian, cermati setiap kata yang ingin saya sampaikan.

Manipulasi emas tidak semudah yang kita pikirkan, jika tidak cukup ilmu di otak jangan sesekali mencuba, kerana buruk padahnya kelak walaupun dengan harapan untuk menambah emas…So, hati-hati dalam mempermainkannya agar kita tidak dipermainkan…..

Manipulasi emas akan memberi impak yang maksimal jika kena pada cara dan tekniknya. Tetapi semuanya dikembalikan kepada kekuatan kita secara peribadi iaitu kekuatan ilmu dan kekuatan financial. Intinya, kedua kekuatan ini apabila disinergiskan akan memberi kita faktor ‘wooooooooooow’….hehe

Manipulasi emas yang begitu popular dikalangan penggila emas adalah dengan memajakkan emas  atau lebih dikenali dengan nama manjanya iaitu merempit emas. Sebelum ini, istilah pajak lebih indentitik kepada orang-orang miskin yang memerlukan bantuan kewangan yang cepat. Tapi, sekarang tidak lagi. Pajak emas sudah menjadi trend yang menjadi ikutan ramai karena banyak pihak telah mengklaim mampu menggandakan emas mereka dua atau 3 kali lipat. Tapi harus diingat, semuanya harus terlebih dahulu mengetahui teknik yang tepat.

Antara sasaran utama penggila-penggila emas ini adalah AgroBank. AgoBank adalah salah satu bank yang menawarkan sistem perpajakan secara Islam yang lebih dikenali sebagai ArRahnu. ArRahnu adalah sistem perpajakan Islam satu-satunya yang diamalkan diperbankan Islam Malaysia dan tidak terdapat di celah belahan manapun melainkan Malaysia.

Terdapat beberapa teknik dalam menguasi ilmu manipulasi ini. Dan antara yang terpenting adalah ilmu...Selamat bermanipulasi :D

3 Prinsip Asas Emas

Harga emas naik!!…..Harga emas naik!! Kata-kata ini makin santer kedengaran di semua golongan  peringkat umur akhir-akhir ini. Dan memang benar, harga emas telah meroket naik hingga mencapai USD 1486.35/ounce untuk pasaran Jumaat, 15 April 2011…Jika diperhatikan secara rinci, dapat dilihat terdapat kenaikan yang significant iaitu sebesar 13.86% bermula dari 27 Januari 2011. Menguntungkan?? Untuk semua penyimpan emas, sekarang adalah waktu untuk mereka tersenyum lebar. Dan buat yang belum memulainya sama sekali, tiada kata terlambat dalam mendapatkan emas walaupun harga emas dunia melambung sekalipun. Ini karena, diperkirakan oleh sebilangan ahli ekonomi bahwa kisaran harga emas pada 2011 boleh mencecah USD 1600/ounce.


Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi sedikit ilmu sebelum kita melangkah lebih jauh dengan emas. Ramai di antara kita pasti tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan. Tapi, sabar dulu… Hehe…. Jom kita mengimbau sejenak apakah yang membuatkan emas begitu hebat di mata orang ramai khususnya di mata para wanita. Jawabannya mudah iaitu kerana emas adalah komoditi yang bernilai dan melambangkan status serta turut menarik untuk dipandang kerana kilauan dan rupa bentuknya. Benarkan?? Itu baru sebahagian dari banyak lagi persepsi kita terhadap emas.

Dikarenakan emas begitu merajai topik ekonomi semasa akhir-akhir ini, saya telah melihat terdapat 3 perkara asas yang harus kita kenal pasti dan pahami sebelum menentukan langkah berikutnya. 3 langkah tersebut adalah ;

1.       Ketulenan (Purity)
Emas yang bagus untuk dijadikan simpanan adalah emas yang mempunyai ketulenan yang sangat tinggi  seperti emas 999 (24K) atau 916 (22K). Ketulenan ini sangat mempengaruhi harga pasaran emas tersebut kerana harga pasaran emas dunia yang didagangkan adalah harga emas murni. Dan permintaan dunia juga lebih dominan terhadap emas murni tersebut. Jika kita memiliki emas campuran, adakah berbaloi untuk kita jadikan simpanan kerana yang jelasnya harga emas campuran tersebut jauh lebih rendah. Rugikan??

2.       Berat                                    
Berat adalah kuantiti yang menjadi sandaran utama kepada ketulenan emas. Ini disebabkan ketulenan emas dan berat adalah terkait rapat dalam menentukan harga emas semasa, dan ianya akan bergerak selari. Semakin berat emas yang kita miliki, pasti semakin tinggi nilai perekonomian kita.

3.       Spread                                 
‘Spread’ adalah merupakan beza antara harga jualan dan harga belian emas di pasaran semasa. Di pasaran harini terdapat pelbagai jenis produk emas yang ditawarkan baik produk emas fizikal mahupun tabungan emas. Kenapa saya mengatakan spread ini penting?? Walaupun terdapat banyak produk emas di pasaran, tetapi spread yang yang ditawarkan amatlah bervariasi mulai serendah 1% hinggalah setinggi 30%. Semakin kecil nilai spread yang ditawarkan , semakin cepat pulangan yang kita dapatkan tapi apabila spread yang ditawarkan tinggi, maka makin lama waktu yang kita perlukan untuk menuai keuntungan. Sebagai contoh :

a.       Syarikat A            : mempunyai produk emas 20gram dengan harga jualan semasa adalah RM3000, manakala harga beliannya adalah RM2900. Maka, spreadnya adalah sebesar RM100.
b.      Syarikat B            : harga jualan emas 20gram  syarikat B adalah RM2900 manakala harga belian yang ditawarkan mereka adalah RM2700. Maka, spreadnya adalah sebasar RM200.

Syarikat A mempunyai spread harga RM100, manakala syarikat B mempunyai spread harga sebesar RM200. Walaupun harga emas yang ditawarkan syarikat B lebih murah, tapi waktu yang kita perlukan untuk kembali mendapatkan harga modal akan memakan masa kerana harus menunggu kenaikan yang significant sebesar RM200 untuk menyamai harga pertama kali. Manakala syarikat A, harga yang ditawarkan memang sedikit lebih tinggi, tapi spread yang lebih rendah iaitu RM100. Jika kedua produk syarikat ini disejajarkan dengan waktu simpan yang sama. Akan jelas terlihat yang mana akan memberi keuntungan lebih cepat.

Bagi saya peribadi, produk emas keluaran Public Gold menjadi pilihan terbaik saya kerana spread yang ditawarkan lebih rendah dan realitis iaitu berkisar di angka 5% serta memenuhi kriteria yang terbaik terutama untuk simpanan emas mahupun untuk jualan.
Kesimpulannya, kuasai 3 ilmu asas ini sebelum melangkah.:D

Memaknai ekonomi Islam dengan Emas & Perak

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Sebagai ummat Islam, pernahkah kita sama-sama menyingkapi dibalik sabda Rasullulah SAW  tersebut . Rasullulah SAW telah wafat hampir 1400 tahun yang lalu tapi kita sebagai ummat Islam masih kebingungan tanpa memahami apa yang mahu disampaikan Baginda melalui sabda tersebut.

Kekuatan ekonomi Islam sebenarnya mampu dipacu dan dijana dengan  baik sekiranya kita memahami dan mengerti akan kepentingan emas dalam memantapkan ekonomi Islam. Islam sebenarnya begitu indah tapi kita sebagai ummatnya selalu mengambil enteng akan segala persoalan yang dibahaskan. Ajaran Islam sebenarnya bukan hanya terpaku dalam aspek ibadah ketuhanan semata-mata, tapi juga turut merangkumi kemashalatan ummat lainnya terutama dalam kehidupan kita sehari-hari. Ketidakupayaan kita memaknai dan memahami ini tidak lari dengan konsep pendidikan yang kita terima hari ini iaitu pendidikan berasaskan sekularisme. Pendidikan berasaskan sekularisme ini telah memisahkan aspek keagamaan dalam kehidupan seharian kita yang makin lama telah menanamkan ketakutan yang secara tidak sedar akan ekonomi Islam.

Lanjutan daripada kejahilan kita memahami ekonomi Islam sesungguhnya terutama dalam memaknai emas sebagai simbolik kekuataan ekonomi Islam ternyata menjadi nyata, iaitu rata-rata masyarakat hari ini begitu takut untuk berinvestasi kerana bayangan ‘zakat emas’ seringkali menjadi sandungan mereka baik secara langsung atau tidak langsung.

Adakah kita memahami apa yang diartikan sebagai zakat?Bukankah kita selalu mendengar akan zakat fitrah, zakat pendapatan,zakat hasil. Tapi mengapa apabila mendengar zakat emas, ramai diantara kita menjadi terpaku. Bukankah zakat adalah merupakan bentuk penyucian harta yang dimiliki oleh kita, kerana di dalamnya mungkin disertai hak-hak orang lain. Tujuan zakat juga bukan hanya sekadar metafora semata, zakat yang dikeluarkan adalah dalam membantu memantapkan ekonomi Islam, yang mana hasil daripada zakat ini digunakan dalam pembagunan ekonomi dan meningkatkan ekonomi ummat Islam lainnya terutama mereka yang tidak berkemampuan. Bukankah ini merupakan tanggujawab sosial dan solidaritas kita sebagai ummat Islam. Sebenarnya Islam telah menjelaskannya, tapi kita terlalu keliru dek kerana pemahaman kita yang terpecah-pecah.

Purata kenaikan emas akhir-akhir ini  berkisar sekitar 20-25% per tahun. Jika diambil kira inflasi, adakah emas mengalami inlasi seperti mana duit fiat?Jawapannya adalah tidak. Tapi sebagai ummat Islam, kita dituntut untuk megeluarkan zakat emas yang sebesa 2.5% per tahun. Bukankah ini masih kecil jika dibandingkan keutungan yang kita dapat? Jika dihitung untung bersih, kita masih mampu meraih keuntungan sebesar 22.5% pertahun ditolak zakat emas sebesar 2.5%. Persoalan zakat emas juga dibahaskan dengan rinci oleh ulama-ulama Islam  bagi megelakkan kekeliruan yang berpanjangan di kalangan ummat Islam. Zakat bukan sewenang-wenangnya dikeluarkan, emas yang kita miliki haruslah memenuhi tempoh atau persyaratan lainnya atau dipanggil haul dan nisab. Apabila haul dan dan nisab ini terpenuhi, barulah kita dikehendaki mengeluarkan zakat. Islam itu indah bukan?

Selain itu, ekonomi Islam juga ada istilah Arrahnu atau dalam sistem ekonomi konvensional ianya dikenali sebagai pajak. Arrahnu atau pajak adalah merupakan suatu bentuk kesepakatan yang terjalin di antara pihak yang memiliki emas dan pihak yang meminjamkan wang. Tujuannya jelas, iaitu mendapatkan wang dengan menjadikan emas kita sebagai jamninan. Walupun tujuan pada Arrahnu dan pajak adalah sama, tapi adakah kita memahami dibalik perlaksaannya? Arrahnu lebih menekankan konsep keseimbangan antara pemilik emas dan peminjam dengan  berlandasakan syariat. Tapi, sistem pajak yang konvensional lebih berat sebelah kerana lebih menguntungkan si peminjam tersebut kerana terdapat unsur riba dan bunga. Tapi jika Arrahnu, tiada istilah bunga melainkan ada  upah simpan emas yang ternyata kecil nilainya,dan ini tidak membebankan. Nanti pada akhirnya, kita hanya dikendaki membayar jumlah wang dipinjam ditambah dengan upah simpan. Nilai yang didapatkan juga tinggi iaitu sekitar 60-70%  daripada emas yang kita miliki,tidak seperti pajak konevensional yang hanya meberikan hanya sekitar 50% dikurangi dengan ‘workmanship’. Bukankah in merugikan? Belum lagi apabila kita tidak mampu menebusnya kembali, emas yang dijadikan cagaran tersebut akan dilelong tanpa sepengetahuan kita dan tiada kompensasi yang kita dapatkan daripada lelongan tersebut. Tapi jika dengan Arrahnu, apabila kita tidak mampu menebusnya dalam tempoh yang ditetapkan, kita diberi peluang untuk memperpanjang tempoh yang disepakati. Selain itu, andaikata dilelong, kita sebagai pemilik juga akan dimaklumkan terlebih dahulu. Dan kita juga berhak mendapat sisa daripada nilai keselurahan emas yang kita ada. Contohnya, jika pada awalnya kita mendapatkan pinjaman sebesar 70%, nanti pada akhirnya kita akan mendapatkan 30% kembali dari nilai emas kita. Dan ini tidak merugikan kita sebagai peminjam, bukankan ekonomi yang berlandaskan Islam itu indah?

Jadi kesimpulannya, pelajari dan kenalilah emas sebagai upaya dalam memantapkan ekonomi Islam. Tidak ada ruginya sebelum kita terus diperbodokan dengan sistem ekonomi konvensional yang nyatanya berkiblatkan barat dan merugikaj kita sendiri. Jadikan emas sebagai simpanan alternatif anda :D

Friday, April 15, 2011

Emas disebalik perekonomian dunia.

Akhir-akhir ini kepentingan emas kembali hangat diperdebatkan di kalangan masyarakat umum. Mana tidaknya, sejak peristiwa krisis  ekonomi yang melanda asia tenggara di penghujung 90an dan krisisi ekonomi yang melanda eropah telah membuka mata banyak pihak. Ini dapat dilihat dari kesungguhan dari bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang begitu sunguh-sungguh dalam memperjuangkan emas sebagai alternatif kewangan dunia hari ini. Sebelum ini, kita hanya mengenali emas sekadar hiasan barangan kemas untuk wanita semata-mata, tapi dengan mempelajari teknik dan kaedah yang benar, seseoarang dapat menjana kekuatan ekonomi mereka dengan emas.

Berbalik pada emas sebagai simpanan alternatif, pada umumnya kita sedia maklum bahwa emas mempunyai daya tarik dan kekuatan yang tersendiri. Sejak dahulukala lagi, emas dilihat sebagai symbol kekuatan dan kekayaan. Ini dapat dilihat dimana kerajaan Firauan Mesir telah menjadikan emas symbol kemegahan dan kekuasaannya. Warna kuning daripada kilauan emas juga telah menjadi simbolik pada kekuasaan, buktinya jelas terlihat pada maharaja-maharaja cina bahkan raja-raja melayu juga menjadikan warna kuning sebagai simbolik kekuasaan. Sebenarnya sejarah tamadun manusia telah menyingkapi betapa besar dan pentingnya peranan emas dalam melakarkan kejayaan manusia di abad lalu.

Tapi seiring waktu, manusia kembali melupakan kepentingan emas dalam kehdupan. Dalam sejarah kewangan konvensional, Amerika Syarikat telah melepaskan keterikatan mata wang Dollar pada emas di penghujung tahun 70an, dan ini merupakan awal kepada kejatuhan ekonomi dunia tapi belum disedari oleh pakar-pakar ekonomi pada ketika itu. Selain itu, sewaktu invasi tentera Amerika di Vietnam di akhir tahun 70an, ramai rakyat Veitnam telah berbondong-bondong keluar menuju ke Malaysia dengan membawa emas. Adakah kita tahu disebalik peristiwa ini? Andaikata  mereka membawa duit Vietnam sewaktu memasuki Malaysia, adakah mereka diterima oleh rakyat kita pada ketika itu? Sudah pasti jawapannya tidak, kerana matawang Malaysia adalah Ringgit dan mereka sama sekali tidak dapat menggunkan matawang negara mereka di Malaysia. Di sini kita dapat lihat, bahwa emas adalah komoditi dunia yang diterima oleh semua masyrakat di dunia.

Selain itu, kelemahan duit fiat juga jelas terlihat sewaktu zaman penjajahan Jepun di tanah Melayu pada awal tahun 1940an. Sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu, matawang yang digunakan pada ketika itu adalah yen Jepun. Mereka telah mencetak jutaan keping duit yen dalam memenuhi keperluaan operasi ketenteraan mereka di Tanah Melayu terutama dalam mendapatkan barangan logistic seperti makanan. Keadaan ini telah menyebabkan terjadinya inflasi yang begitu tinggi yang mana akhirnya adalah masyarakat melayu itu sendiri. Jika anda memerlukan kepastian, kembalilah bertanya pada datuk dan nenek kita masing-masing, bagaimana mereka bertahan hidup sewaktu penjajahan Jepun. Sudah pasti jawapnya amat terseksa. Dan sewaktu kejatuhan Jepun, Inggeris kembali menaklukkan Tanah Melayu, dan mata wang yen Jepun sudah tiada nilai dan hanya sehelai kertas kosong yang dicetak angka-angka di atasnya.


Inflasi di abad moden juga dapat dilihat pada kerajaan Zimbabwe pimpinan Robert Mugabe, Zimbabwe telah jatuh ke kancah krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarah negara di Afrika kerana lebihan wang kertas melebihi stok simpanan emas mereka. Zimbabwe bukan mengalami inflasi sekitar 5-6% seperti yang yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia setipa kali dalam membentangkan bajet negara. Inflasi di Zimbabwe telah melebihi 1000%. Inilah bahana apabila sistem perekonomian yang konvensonal dibuat hanya untuk menguntungkan pihak tertentu sahaja.

Sebenarnya sejarah telah mengajarkan kita, tapi kita tidak pernah mengambil iktibar  apa pun untuk memperbaiki kelemahan masa lalu. Jadi, bersamalah kita kembali memperkuatkan ekonomi kita dan Islam umumnya dengan kembali menyimpan emas. Kerana Nabi Muhammad SAW sendiri telah mengingatkan kita sebelumnya dalam hadith baginda ; akan datang suatu zaman di mana tidak ada apa pun yang bernilai melaikan dinar dan dirham.  Bersama kita renung-renungkan.

Satu anak satu dinar emas

Tidak berapa lama dahulu, kerajaan Malaysia melalui bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir telah mencanangkan satu rumah satu komputer. Idea yang dilontarkan beliau pada awalnya dinilai terlalu pesimis di kalangan masyarakat Malaysia terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah. Bukan dinamakan Dr Mahathir jika setiap idea dan cadangan beliau tidak dibarengi dengan penyelesaiaanya. Demi merealisasikan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dan dan seiring dengan kemajuan teknologi, maka dsediakan pelbagai inisiatif dan kemudahan seperti pengeluaran khas untuk pembelian satu unit komputer dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).  Belakangan, usaha ini dilihat telah mendongkrak peratusan kepemilikan komputer di setiap rumah. Bahkan, kerajaan Negeri Terengganu juga telah sama-sama menjayakan aspirasi ini dengan membekalkan satu unit  komputer kepada setiap pelajar tahun 6 yang berkelayakan  diseluruh negeri tersebut. Setiap idea dan cadangan terus disinergiskan bersesuaian dengan keadaan semasa, ini terbukti dengan kprihatinan dan kepedulian YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib tentang kemajuan teknologi dan informasi tanpa sempadan ini dengan resminya telah melancarkan jalur lebar (broadand) berkelajuan tinggi dalam mendukung usaha pemantapan modal insan yangmana ia pernah disuguhkan oleh Tun Abdullah.

Berbalik kepada persoalan emas, melihat pada cerminan ideologi tersebut dapat sama-sama kita aplikasikannya terutama dalam pemantapan ekonomi jangka panjang. Apa yang ingin saya sampaikan adalah, setiap anak dalam satu keluarga minimal mempunyai satu dinar emas. Jika mempunyai 2 orang anak, berarti 2 dinar emas. Kemudian dinar-dinar emas ini disimpan seiring dengan meningkatnya usaha anak-anak tersebut. Pelaburan jangka panjang ini amat bermanfaat terutama dalam memastikan anak-anak tersebut kelak mempunyai taraf pendidikan yang berkualiti. Untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti, biaya yang diperlukan tidak sedikit, dan disinlah kita melihat kepentingannya.

Jika diambil contoh, anda mempunyai seorang anak yang dilahirkan pada tahun 2009 yang mana dinar emas pada tahun tersebut adalah berkisar pada RM480/dinar. Setelah setahun tempoh berlalu, dilihat peningkatan satu dinar emas telah mencapai kisaran RM655 pada Disember 2010 iaitu terdapat kenaikan sebanyak RM175 atau sebanyak 36% pertahun. Tapi dengan mengambil kisaran purata kenaikan emas setahun sebanyak 20-25%/ tahun juga telah memberikan pulangan yang lumayan. Lanjutan contoh ini kita lihat pada saat anak berusia 7tahun iaitu sewaktu memasuki tahun satu persekolahan,sudah berapakah nilai dinar emas yang anak kita miliki? Dengan mengambil hitungan kasar iaitu kenaikan secara puratanya 25% pertahun, pada tahun ketujuh, satu dinar yang pada awalnya kita labur hanya pada RM480,telah mencecah sekitar RM1585. Adakah ini tidak memberikan untung?

Jadi, pada hemat saya, konsep satu anak satu dinar emas ini pada waktu yang sama sendiri telah melatih agar kita mempunyai perencanaan masa depan yang begitu efisien dan tersusun rapi dari sekarang. Selain dalam usaha untuk memanpankan ekonomi keluarga, kepemilikan emas ini juga merupakan satu anjuran dalam Islam bahkan Baginda Rasullullah pernah bersabda, akan datang satu zaman tiada apa yang dapat digunakan melainkan dinar dan dirham (Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal) yang pada lahiriahnya kita telah mendapatkan keberkatan kerana mengamalkan sunnahnya disamping turut sama-sama memperkuat ekonomi ummat Islam dengan zakat emas yang setiap tahun yang kita keluarkan.

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Jadikan emas sebagai tabungan alternatif anda :D