prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Tuesday, April 26, 2011

Ops...kenapa boleh jadi macam ni??

Sepanjang hari ini, banyak orang bertanya kenapa harga emas dan perak tiba-tiba boleh menurun secara significant walhal sekarang tengah rancaknya trend 'bullish' or trend harga pasaran yang menaik. Humm, jawapannya mudah sekali, jom kita kembali kepada prinsip asas ekonomi iaitu harga akan menaik apabila permintaan meningkat dan akan menurun jikalau terdapat penjualan secara besar-besaran...

Begitu juga halnya harga pasaran emas dan perak dunia hari ini. Dalam seminggu terakhir, terdapat kenaikan yang begitu memberasangkan. Akibat peningkatan ini, pengumpul-pengumpul emas dan perak yang telah menyimpannya sejak lama dahulu telah menggunakan momentum ini untuk meraih untung dengan menjual simpanan emas dan perak mereka. Penjualan secara besar-besaran ini telah mempengaruhi harga semasa hingga tercatatlah penurunan harga pasaran untuk dagangan hari ini.

Jadi, bagi mereka yang sedar akan kepentingan emas dan perak lebih dahulu, sekarang adalah waktu bagi mereka untuk meraih rezeki. Dan bagaimana pula dengan kita? Saran saya, gunakan momentum ini untuk mengumpul stok dengan sebanyak-banyaknya. Waktu untuk kita meraih untung akan tiba jua nanti. Mudah kan mekanismenya?? :D

No comments:

Post a Comment