Customer : Hummmm....Ismail, hari ini harga sekeping Dinar da berapa Ringgit??
Ismail : Jap, kena check dulu (sambil mengeluarkan handphone)
Customer : Berapa??
Ismail : (Menunjukkan harga semasa Dinar melalui handphone)
Customer : Uish...mahalnyer, RM690 sekeping
Ismail : Yups, RM690/dinar...Beberapa minggu lalu, harga pasaran emas untuk Dinar ni dalam lingkungan RM 650/dinar.
Customer : Huh...cepatnya naik, nyesal tak beli awal-awal...
Ismail : Emas ni kan komoditi yang stabil jika dibandingkan dengan produk-produk lain (saham,ASB dll) jika hendak dijadikan simpanan alternatif. Apatah lagi Nabi Muhammad SAW sendiri mengatakan akan hal ini 1400 tahun dulu, " Tiada perkara yang dapat digunakan nanti melainkan 2 perkara iaitu Dinar (Emas) & Dirham (Perak). Di tambah dengan trend emas sekarang"
Customer : Kenapa dengan trend emas sekarang??
Ismail : Berbalik kepada prinsip ekonomi yang asas iaitu apabila permintaan melebihi penjualan semasa, maka harga emas akan terus menaik. Tapi apabila terdapat penjualan melebihi pembelian, maka harga akan automatik turun.
Customer : Ooooh,yeke.....
Ismail : Yups, terkadang ianya dapat dipengaruhi oleh kejadian-kejadian besar dunia seperti yang terbaru kes tsunami & nuklear di Jepun. Harga emas tanpa dijangka menurun.
Customer : Looooor, tadi kata harga emas stabil..
Ismail : Berbalik kepada prinsip ekonomi yang asas tadi, apabila penjualaan melebihi pembeliaan, maka harga akan menjunam jatuh. Ini kerana, Kerajaan Jepun telah mencairkan simpanan emas mereka untuk dijadikan Yen Jepun untuk menstabilkan ekonomi mereka.
Customer : ??? (Dengan muka bingung)
Ismail : Cuba pikir logik, tak kan kerajaan Jepun nak bantu rakyat mereka dengan emas berjongkong-jongkong. Susah kan??
Customer : Haaahla......betul juga
Ismail : Keadaan ini juga diperparah dengan keadaan kebocoran nuklear di Fukushima tuh. Masyarakat antarabangsa secara tak langsung turut bimbang. Ini menyebabkan pasaran dunia untuk semua komoditi baik berupa emas, bursa saham dan sebagainya terganggu.
Customer : Oooooooooooooooooooo....Jadi, macam mana saya nak mula membeli Dinar ni?? Sebab saya nak jadikan simpanan saya. Tapi duit saya terbatas la pulak.
Ismail : Jangan bimbang, sebab itu kita diberikan akal untuk berpikir. Pasti ada jalan keluarnya.
Customer : Iyerla, macam mana??
Ismail : Macam ni.................................................. (ops, kena bersambung la untuk ceritanya....hehe....)
No comments:
Post a Comment