prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Saturday, April 16, 2011

3 Prinsip Asas Emas

Harga emas naik!!…..Harga emas naik!! Kata-kata ini makin santer kedengaran di semua golongan  peringkat umur akhir-akhir ini. Dan memang benar, harga emas telah meroket naik hingga mencapai USD 1486.35/ounce untuk pasaran Jumaat, 15 April 2011…Jika diperhatikan secara rinci, dapat dilihat terdapat kenaikan yang significant iaitu sebesar 13.86% bermula dari 27 Januari 2011. Menguntungkan?? Untuk semua penyimpan emas, sekarang adalah waktu untuk mereka tersenyum lebar. Dan buat yang belum memulainya sama sekali, tiada kata terlambat dalam mendapatkan emas walaupun harga emas dunia melambung sekalipun. Ini karena, diperkirakan oleh sebilangan ahli ekonomi bahwa kisaran harga emas pada 2011 boleh mencecah USD 1600/ounce.


Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi sedikit ilmu sebelum kita melangkah lebih jauh dengan emas. Ramai di antara kita pasti tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan. Tapi, sabar dulu… Hehe…. Jom kita mengimbau sejenak apakah yang membuatkan emas begitu hebat di mata orang ramai khususnya di mata para wanita. Jawabannya mudah iaitu kerana emas adalah komoditi yang bernilai dan melambangkan status serta turut menarik untuk dipandang kerana kilauan dan rupa bentuknya. Benarkan?? Itu baru sebahagian dari banyak lagi persepsi kita terhadap emas.

Dikarenakan emas begitu merajai topik ekonomi semasa akhir-akhir ini, saya telah melihat terdapat 3 perkara asas yang harus kita kenal pasti dan pahami sebelum menentukan langkah berikutnya. 3 langkah tersebut adalah ;

1.       Ketulenan (Purity)
Emas yang bagus untuk dijadikan simpanan adalah emas yang mempunyai ketulenan yang sangat tinggi  seperti emas 999 (24K) atau 916 (22K). Ketulenan ini sangat mempengaruhi harga pasaran emas tersebut kerana harga pasaran emas dunia yang didagangkan adalah harga emas murni. Dan permintaan dunia juga lebih dominan terhadap emas murni tersebut. Jika kita memiliki emas campuran, adakah berbaloi untuk kita jadikan simpanan kerana yang jelasnya harga emas campuran tersebut jauh lebih rendah. Rugikan??

2.       Berat                                    
Berat adalah kuantiti yang menjadi sandaran utama kepada ketulenan emas. Ini disebabkan ketulenan emas dan berat adalah terkait rapat dalam menentukan harga emas semasa, dan ianya akan bergerak selari. Semakin berat emas yang kita miliki, pasti semakin tinggi nilai perekonomian kita.

3.       Spread                                 
‘Spread’ adalah merupakan beza antara harga jualan dan harga belian emas di pasaran semasa. Di pasaran harini terdapat pelbagai jenis produk emas yang ditawarkan baik produk emas fizikal mahupun tabungan emas. Kenapa saya mengatakan spread ini penting?? Walaupun terdapat banyak produk emas di pasaran, tetapi spread yang yang ditawarkan amatlah bervariasi mulai serendah 1% hinggalah setinggi 30%. Semakin kecil nilai spread yang ditawarkan , semakin cepat pulangan yang kita dapatkan tapi apabila spread yang ditawarkan tinggi, maka makin lama waktu yang kita perlukan untuk menuai keuntungan. Sebagai contoh :

a.       Syarikat A            : mempunyai produk emas 20gram dengan harga jualan semasa adalah RM3000, manakala harga beliannya adalah RM2900. Maka, spreadnya adalah sebesar RM100.
b.      Syarikat B            : harga jualan emas 20gram  syarikat B adalah RM2900 manakala harga belian yang ditawarkan mereka adalah RM2700. Maka, spreadnya adalah sebasar RM200.

Syarikat A mempunyai spread harga RM100, manakala syarikat B mempunyai spread harga sebesar RM200. Walaupun harga emas yang ditawarkan syarikat B lebih murah, tapi waktu yang kita perlukan untuk kembali mendapatkan harga modal akan memakan masa kerana harus menunggu kenaikan yang significant sebesar RM200 untuk menyamai harga pertama kali. Manakala syarikat A, harga yang ditawarkan memang sedikit lebih tinggi, tapi spread yang lebih rendah iaitu RM100. Jika kedua produk syarikat ini disejajarkan dengan waktu simpan yang sama. Akan jelas terlihat yang mana akan memberi keuntungan lebih cepat.

Bagi saya peribadi, produk emas keluaran Public Gold menjadi pilihan terbaik saya kerana spread yang ditawarkan lebih rendah dan realitis iaitu berkisar di angka 5% serta memenuhi kriteria yang terbaik terutama untuk simpanan emas mahupun untuk jualan.
Kesimpulannya, kuasai 3 ilmu asas ini sebelum melangkah.:D

No comments:

Post a Comment