prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Friday, April 15, 2011

Duit vs Dinar

Tidak dapat dimungkiri duit adalah segala-galanya dewasa ini. Setiap apa yang kita bicarakan dalam kehidupan sehari-hari pasti akan terkait rapat dengan duit. Begitulah pentingnya duit dalam kehidupan. Pengurusan yang baik akan memberikan impak yang positif pada kehidupan jangka panjang tapi jika sebaliknya, maka ianya akan memberikan kesan yang buruk malah amat membebankan kelak. 


Pengurusan yang baik sepastinya sudah dimaklumi oleh semua orang iaitu perbelanjaan yang telah diatur sedemikian rapi yang akan menyisakan sedikit simpanan untuk tabungan setiap bulannya. Manakala pengurusan yang buruk identitik dengan perbelanjaan yang melebihi kemampuan diri. 

Simpanan secara konvesional adalah yang paling dimaklumi dikalangan masyrakat Malaysia sejak dulu lagi iaitu simpanan di bank-bank. Selain daripada keterjaminannya, para penyimpan juga berharap akan dividen yang ditawarkan oleh pihak bank tersebut. Tapi sejak krisis ekonomi yang melanda asia tenggara pada 1997-1998, sistem matawang konvesional telah menerima kesan yang amat hebat. Matawang asia jatuh merundum jika dibandingkan dengan harga Dollar. Ini dikarenakan sistem matawang ini tidak bersandarkan kepada aset negaa yang nyata. Pengeluaran matawang yang melebihi stok simpanan emas telah merugikan negara itu sendiri. Krisis ekonomi melibatkan matawang terus berlanjut di eropah pada tahun 2008. Perkara yang sama juga berlaku hingga telah menyebabkan beberapa negara eropah menanggung defisit yang berlebihan akibat dampak ketidakstabilan matawang ini. 

Berdasarkan fakta ini jugalah, masyarakat dewasa ini telah sedar akan kepentingan sistem ekonomi Islam yang telah lama dilupakan iaitu sistem emas dinar. Perlaksaaan sistem ekonomi dinar emas ini juga pernah disuarakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir. Kenapa ia kembali hangat diperkatakan? Kerana kestabilan emas itu sendirilah yang memberi jaminan. Dalam islam sendiri, Rasulullah SAW pernah memberi gambaran bahwa akan datang suatu masa dimana tiada apa yang boleh digunakan ummat manusia melainkan dinar dan dirham (Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal). 

Selain daripada kestabilan emas itu sendiri, peningkatan harga semasa juga boleh memberikan keuntungan yang tersendiri bagi pemiliknya. Trend peningkatan harga emas dunia yang positif juga telah membuka mata sebahagian daripada kita untuk menjadikannya sebagai pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Jadi, perlaburan emas dinar sebenarnya sama bagus dengan pelaburan konvesional malahan ianya lebih bagus dari perlaburan konvensional manapun. Ini kerana keuntungannya adalah murni daripada peningkatan harga emas itu sendiri. Tapi jika pada pelaburan konvesional, sumber dan hasil daripada pelaburan itu sendiri masih diragukan dan hukumnya juga masih silang pendapat di antara sebahagian ulama di Malaysia. Jika diperhatikan secara terperinci, sebenarnya kita telah memakmurkan kehidupan di dunia dan akhirat dengan menjadikan sistem ekonomi islam ini sebagai pegangan kerana ianya tidak menzalimi pada pelaburnya. Dalam menjana ekonomi ummat Islam, zakat emas juga diwajibkan pada pemiliknya apabila syarat-syarat ini terpenuhi. Jadi, sistem ekonomi islam melalui emas dinar ini sebenarnya lebih adil bahkan ianya secara tak langsung telah mengembalikan pada sunnah Rasululah SAW di samping mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. 

Jadi, apa yang harus ditunggu lagi?Bagi yang berkemampuan, milikilah segera dinar emas ini sebagai sokongan kita terhadap bangkitnya sistem ekonomi Islam di samping membangkitkan kembali kegemilangan Islam. Dunia dapat, akhirat juga dapat. InsyAllah.

No comments:

Post a Comment