prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Sunday, January 8, 2012

Secebis Rahsia Gadai Simpan

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah perumpamaan yang layak untuk Almarhum Datuk Salleh Majid. Pemergiannya ternyata memberikan impak yang tersendiri terkait dirinya yang begitu sinonim dengan dunia kewangan khususnya perlaburan emas. Usaha dan inisiatif beliau dalam memberikan info tentang kepentingan emas adalah sejajar dengan aspirasi Tun Dr Mahathir. Walaupun pemergiannya dirasakan sebuah kerugian buat negara, tapi pesanan dan amanat beliau adalah merupakan suatu ilmu yang tak pernah kunjung habis. 

Di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”

Semoga ilmu yang yang dicurahkan selama ini bermanfaat untuk kesinambungan ummat serta juga suatu amalan yang bermanfaat untuk almarhum.

Antara ilmu yang dapat dikongsikan bersama adalah, konsep perlaburan emas secara Arrahnu. Arrahnu adalah merupakan sistem gadaian yang berteraskan kepada konsep Islam yang secara jelas tidak membebankan kepada mana-mana pihak. Arrahnu mula diketengahkan sebagai alternatif sistem kewangan dikarenakan ianya bersifat simpanan yang menguntungkan untuk jangka masa yang panjang.

Keberadaan Arrahnu ditengah-tengah sistem ekonomi konvesional sedikit sebanyak dapat merancakkan pertumbuhan dan kemampanan ekonomi negara terkait asas yang kukuh di peringkat dasar serta dapat mengenengahkan ekonomi berasaskan sistem Islam.

Antara kelebihan utama dibalik sistem Arrahnu yang ingin beliau sampaikan adalah ; 1.Keterjaminan dan ketelusan dalam berurusniaga kerana emas adalah merupakan perlaburan fizikal yang dapat mengelakkan penipuan serta keasliannya dapat dibuktikan melalui pihak ketiga iaitu Arrahnu itu sendiri. 2.Keselamatan simpanan yang semestinya di bawah jaminan pihak Arrahnu beserta perlindungan insurans yang biasanya turut disertakan sekali (tergantuk terma-terma Arrahnu)

Selain itu, konsep Arrahnu ini juga memberi kesempatan kepada pelabur untuk merangka suatu perlaburan yang efisien dan fleksibel yang semestinya bersesuaian dengan kewangan individu itu sendiri. Dan yang pasti, keberadaan Arrahnu ini memberikan peluang yang sama bagi semua lapisan masyarakat untuk untuk berjinak-jinak dengan konsep perlaburan emas secara gadai simpan.

No comments:

Post a Comment