prOduk-pRoduk pUbliC GolD

rEnunG-reNunGkanlAh

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Monday, November 12, 2012

Emas dan Dunia

Harga emas semasa kini menunjukkan trend yang memberangsangkan. Ini tak terkecuali dengan sentimen emas pasca pemilihan Presiden Amerika dan transformasi kepimpinan di China. Seperti sedia maklum, kedua-dua negara adalah pemain ekonomi utama dunia khasnya China yang kian mengukuhkan pengaruhnya terhadap ekonomi dunia.

Jika sebelum ini, harga emas dilihat tidak menentu ekoran ramai orang mengambil sikap 'wait and see' atas situasi semasa dunia. Antara yang dinantikan adalah situasi politik di Amerika. Pemilihan Presiden Amerika memang mampu mencorak ekonomi dunia lantaran setiap kepimpinan baru akan melakukan transformasi terhadap ekonomi mereka. Inilah saat yang dinantikan oleh pelabur-pelabur dunia. Ini dikarenakan, dengan jaminan ekonomi oleh pemerintah Amerika melalui dasar-dasar yang mereka terapkan akan dapat menentukan halatuju pelabur-pelabur ini. Dalam setiap pelaburan yang dilakukan, pasti jaminan keuntungan dan selamat uang diharapkan. Begitu jugala harapan pelabur-pelabur ini.

Dengan terpilihnya Presiden Obama untuk penggal kedua, berarti tiada perubahan yang significant terhadap dasar ekonomi Amerika. Jadi, dilihat situasi agak stabil. Tapi, masalah pinjaman rumah masih menjadi isu di Amerika ditambah dengan tragedi Sandy di New York baru-baru ini.

Ada juga pengamat ekonomi melihat kemenangan Obama ini belum maksimal kerana Dewan Perwakilan Rakyat mereka didominasi oleh pihak parti Republikan, sebaliknya parti Demokrat hanya menguasai Dewan Senat. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi harga semasa emas yang dilihat masih mampu naik lagi.

Tapi, pengamat politik masih menantikan satu lagi momentum yang dikenali sebagai 'fiscal cliff'. Adakah harga emas kian menguat atau sebaliknya. :)

No comments:

Post a Comment